Gegar Amerika Logo
2024-12-13
Penyerahan Memorandum kepada Kedutaan Jerman

Pada 13 Disember, dengan sokongan dari masyarakat sivil, gerakan progresif, dan aktivis mahasiswa, GEGAR berjaya menyerahkan memorandum kepada kedutaan Jerman untuk hentikan sokongannya terhadap rejim Zionis yang melakukan genosid di Gaza dan membunuh rakyat awam di Yaman, Lubnan, Iran, dan Syria.

Sokongan Jerman terhadap genosid Palestin adalah sebahagian dari sejarah kolonial dan imperialis mereka: dari pembersihan etnik Herero & Nama pada 1900-an, hingga Holokus yang membunuh jutaan Yahudi, Romani, Slavia, dan Afro-Jerman semasa WW2.

Pada hari yang sama, wakil GEGAR dijemput untuk "berdialog” bersama Kedutaan Jerman berkenaan kandungan memorandum tersebut. Dalam sesi dialog itu, Duta Besar menidakkan apa yang berlaku di Gaza sebagai “genosid”, mengutuk perjuangan rakyat Palestin seperti Hamas sebagai "teroris", dan memberikan alasan bahawa mereka terpaksa memberi sokongan terhadap Israel akibat sejarah gelap mereka dengan Holokus.

Pendirian kami tetap jelas: mengapa rakyat Palestin harus menanggung dosa rakyat Jerman? Apa gunanya berdialog, sedangkan bom yang Jerman bekalkan kepada rejim Zionis sedang membunuh rakyat Gaza pada saat ini?

Walaupun janji temu telah dibuat dengan Duta Besar Jerman, Dr. Peter Blomeyer, untuk menyerahkan memorandum pada jam 2 petang, beliau meninggalkan kedutaan tanpa sepatah kata. Akhirnya, kami terpaksa meninggalkan salinan memorandum di peti surat mereka.

Layanan Kedutaan Jerman terhadap penunjuk perasaan pro-Palestin membuktikan keengganan mereka untuk berdepan dengan sejarah genosid dan penjajahan mereka sendiri.

Sebagai rakyat dari Selatan Global, kami akan terus berdiri teguh bersama rakyat Palestin, Lubnan, Yaman, dan Syria melawan jentera perang Zionis dan sekutunya Jerman.

Hentikan genosid, jatuhkan penjajahan, dan hancurkan imperialisme!