Gegar Amerika Logo
Rafah disembelih, Malaysia jual diri ke Blackrock #SelamatkanRafah #PalestinMerdeka. Gambar: Bangunan di Rafah terbakar akibat pengeboman dari rejim zionis
2024-05-27
Rafah Disembelih, Malaysia Jual Diri Ke Blackrock
Sementara Rafah dibom rejim zionis, kerajaan Malaysia mengaut untung dari pembekal senjata dan syarikat zionis

Hari ini, tentera rejim Israel telah melancarkan serangan udara ke atas kem pelarian di utara Rafah, Gaza; mengakibatkan pembunuhan sekurang-kurangnya 35 rakyat Palestin yang tidak berdosa. Kengerian yang terlihat di Rafah sukar untuk digambarkan dengan kata-kata — ibu bapa dibakar hidup-hidup, kanak-kanak kehilangan kepala, perkhemahan pelarian dihujani bom dan dilumatkan sehingga tertinggal abu sahaja.

Pembunuhan yang berlaku di Rafah mendedahkan realiti perbezaan darjat antara penjajah dan dijajah: Sementara video mayat kanak-kanak dipenggal di Rafah meraih simpati seluruh Dunia Selatan, media propaganda Barat terus menafikan dan menghalalkan pembunuhan yang jelas berlaku di Gaza depan mata dunia.

Tidak boleh dinafikan: Pembunuhan besar-besaran di kem Rafah adalah hasil langsung daripada retorik dan tindakan yang membolehkan kuasa-kuasa imperialis seperti Kanada, AS, Jerman, UK, untuk terus membiayai dan membekalkan senjata kepada tentera Israel yang telah jelas menyatakan niat mereka untuk menghapuskan rakyat Palestin.

Malaysia juga tidak berkecuali dari bersekongkol dengan pembunuh zionis. Sementera Rafah disembelih, syarikat GLC seperti Khazanah, MAHB, dan EPF menjual saham kepada Blackrock, salah satu syarikat pro-zionis terbesar yang bersubahat dengan genosid di Palestin. Tidak dilupa juga kerjasama antara Kementerian Pertahanan dan pembuat senjata zionis seperti Lockheed Martin dan BAE systems semasa pameran NATSEC pada awal Mei.

Kami menyeru Anwar Ibrahim, Kementerian Dalam Negeri (@kementeriandalamnegeri) dan Kementerian Pertahanan Malaysia (@mindefmalaysia) untuk segera menghentikan segala kerjasama dengan pembiaya senjata zionis jika ia bukan sahaja tali barut Barat.

Jangan jadi tin kosong yang hanya mampu membising di medan antarabangsa, tetapi dalam menjual diri kepada zionis yang membunuh kanak-kanak di Rafah.

Menyeru gencatan senjata semata-mata adalah tindakan pengecut.

Kami tuntut penyahjajahan!
Kami tuntut sokongan material untuk perjuangan!
Kami tuntut pembebasan!

Biarlah ini menjadi peringatan bahawa pembebasan tidak akan datang dari mahkamah penjajah, bukan dari retorik performatif politikus tetapi dari keteguhan perjuangan kita!

GEGAR

27 MEI 2024